Welcome to my blog


Tuesday, December 6, 2011

Teknik Resis

Teknik Resis merupakan teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti warna air dengan lilin, warna air dengan krayon. Teknik ini dapat dihasilkan dalam proses penghasilan batik.


  • Langkah 1

Menyediakan bahan-bahan dan alat-alatan seperti kertas lukisan, pensel, lilin, warna air, berus warna, bekas warna, bekas air dan kain.



  • Langkah 2

Melukis corak batik pada kertas lukisan dengan pensel.



  • Langkah 3

Melukis corak batik dengan lilin mengikut garisan asal.



  • Langkah 4

Mewarna corak batik dengan warna air. Permukaan kertas lukisan yang diliputi dengan lilin tidak akan menyerap warna.



  • Langkah 5

Corak batik dihasilkan dengan menggunakan teknik resis.


4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Macam kenal je lukisan tu... Mungkin lebih kurang sama dengan lukisan saya... That's ok..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.nak tanya macam mana nak hasilkan ton pada lukisan tu?

    ReplyDelete