Welcome to my blog


Tuesday, December 6, 2011

Teknik Capan


Teknik Capan merupakan satu teknik untuk menurunkan kesan tanda dengan menekan di atas sesuatu permukaan.

  • Langkah 1

Menyediakan bahan-bahan dan alat-alatan seperti bendi, kubis, bawang merah, pelepah pisang, akar teratai, kertas lukisan, pisau, warna air, berus warna, bekas warna dan bekas air.



  • Langkah 2

Memotong bendi dan bahan-bahan capan dengan pisau.



  • Langkah 3

Menyapu warna air pada permukaan bendi.



  • Langkah 4

Mengecapkan bendi pada kertas lukisan untuk menghasilkan corak yang mempunyai jalinan tertentu.



  • Langkah 5

Mengecapkan bendi dan akar teratai pada kertas lukisan untuk menghasilkan jalinan yang berselang-seli.




  • Langkah 6

Corak langsir dihasilkan dengan menggunakan teknik capan.



No comments:

Post a Comment